Mesyuarat Kurikulum

Mesyuarat kurikulum pada 28 Januari 2010.Jangan lupa.Murid-murid 5A akan diraikan pada 28 Jan jam 2.00 petang di SMK Seri Tanjung sempena Program Juara Rakyat.Sekolah tumpang bangga di atas kejayaan anda.

Awal Persekolahan

Salam Satu Malaysaia.Terima kasih diucapkan kepada semua warga SKPR yang telah menjayakan Program Jati Diri Tahun 6 pada 22Januari hingga 24 Januari 2010.Harapan saya semoga murid-murid Tahun 6 akan berubah ke arah yang lebih positif untuk terus berazam menjadi murid yang cemerlang pada masa akan datang.SELAMAT MAJU JAYA

 

Persediaan Mengajar

Diingatkan kepada guru-guru supaya dapat menghantar buku persediaan mengajar dengan segera.Senarai yang belum hantar ada dalam catatan saya.

Lawatan Pegawai JPN

Hari ini ada 5 pegawai jabatan yang memantau.Pukul 9.45 am dari unit matematik meninjau keadaan sekolah yang berkaitan dengan dBlat iaitu senarai semak mulai dari guru hingga kerusi meja.Pada pukul 11.00 Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan Ketua Unit Rendah dan Penyelia Kanan membuat lawatan susulan berkaitan tentang keselamatan sekolah.Perkara yang diutarakan Guru Besar ialah mengenai jejantas dan lantai 3 gemilang. Bagi guru Tahun 1 diingatkan supaya berhati-hati tentang murid warga asing dan murid yang lahir 1 Januari2005.

Hari Pertama Persekolahan

Pagi hujan tak dapat dijalankan perhimpunan.Guru-guru dengan berpakaian kemas dan pakai blazer . Murid murid nampak bersemangat ke sekolah.Ibu bapa bersabar menguruskan anak-anak mereka.Dalam kelas tahun satu murid-muridnya berani menjawab soalan-soalan guru.Dari wajah mereka terpampang kegembiraan dan pengharapan.Hulurkan salam kasih sayang kepada mereka,didiklah mereka  ke arah yang baik dan menjadi insan yang mulia dan berguna kepada bangsa dan tanahair.

Terima kasih kepada guru-guru yang sentiasa berusaha untuk membantu perjalanan sekolah supaya sentiasa lancar.Terima kasih kepada AJK Jadual Waktu yang dapat menyiapkan jadual waktu.Terima kasih kepada guru-guru kelas yang berkhidmat dengan baik. Ada guru yang ikut arahan GB dengan baik ada yang masih tidak berubah.Jadual Kedatangan Guru tidak ditulis walaupun telah diberitahu.Saya ingatkan sekali lagi Jadual Kedatangan Guru Sangat Penting.RINGANKAN KAKI DAN MINDA ANDA UNTUK MENULIS WAKTU KEDATANGAN ANDA.