Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat kembali ke sekolah untuk tahun2010.Selamat datang guru baru ke Sekolah Kebangsaan Paya Rumput,sekolah kebanggaan kita.Kehadiran guru lama dan baru dapat mengharumkan nama sekolah kita.Anak bangsa sedang menanti sentuhan didikan dan ajaran anda.Semoga anda dapat jelmakan kemahiran dan potensi anda untuk anak bangsa kita.Bagi murid-murid baru,selamat belajar hingga anda berjaya menjadi murid yang cemerlang dan berguna pada bangsa dan negara pada masa akan datang.

Buka Sekolah

Selamat kembali ke sekolah. Jangan lupa mesyuarat pada 30 Dis 09 jam 8.00 pagi.Tahniah kepada anak guru yang dapat 5 A dan dapat memasuki asrama penuh.Tahniah kepada semua murid yang berjaya dapat 5A dan juga yang berjaya lulus semua subjek.Yang dapat tempat di asrama penuh teruskan belajar bersungguh-sungguh kerana anda akan mendapat saingan yang lebih hebat.Yang tak berjaya ke asrama penuh anda masih berpeluang lagi jika anda cemerlang di Tingkatan 3. Tanamkan semangat dan berfokus. SELAMAT MAJU JAYA

Ada pembinaan di sekolah

kena hati-hati di sekolah berlaku pembinaan surau dan pembaikan kantin. Murid-murid jangan pergi ke kawasan pembinaan dikhuatiri tercedera.