HARI Kanak-kanak

Terima ksih pada semua yang telah menjayakan Hari Kanak-kanak di SK Paya Rumput pada 30 OKT 2009. Telah terpancar di wajah mereka tentang harapan yang mereka sandarkan di bahu kita. Wahai bunga bangsaku bangunkan dirimu dari dibuai mimpi-mimpi yang indah. Perjalanan kamu masih jauh dan berliku. Hayunkan langkahmu untuk menuju gunung harapan yang masih berbalam diselubungi mendung pagi. Tanamkan semangat untuk terus mencipta kejayaan demi bangsa dan negara yang tercinta.SELAMAT HARI KANAK-KANAK.

Untuk rakan-rakan guru tanggungjawab kita amat berat. Kita telah diamanahkan dengan satu tugas besar yang perlu kita galas demi memastikan kelangsungan kehidupan bangsa kita.Kegagalan mereka kegagalan kita.Apabila menuding jari di atas kegagalan mereka  itu, ini memberi makna jari yang menuding itu berbalik ke arah kita .Oleh itu sebagai seorang pendidik,seharusnya kita perlu bermuhasabah diri tentang peranan dan tugas kita sama ada kita telah melaksanakannya dengan baik atau sebaliknya.SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN JAYANYA DAN SALAM SATU MALAYSIA.

 

Perkhemahan Pendidikan Khas

Terima kasih kepada semua guru pendidikan khas yang terlibat dengan perkhemahan murid-murid pendidikan khas yang telah berlangsung pada 29 Okt.2009 di Lambaian Danau Jasin.Usaha cikgu tetap dikenang oleh murid-murid dan mendapat ganjaran dari Allah s.w.t.

Mesyuarat Kebitaraan Ragbi

Terima kasih di atas kehadiran guru sekalian. Kem latihan ragbi akan diadakan pada 7 Nov 2009. Diharapkan guru-guru dapat menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Semoga rancangan yang kita aturkan ini menjadi kenyataan.Segala dukumen yang berkaitan hendaklah difailkan oleh setiausaha-Puan Roziah.

Kemah membaca Satu Malaysia

Assalamualaikum salam satu Malaysia.Pelancaran perkara di atas akan diadakan pada 30 Okt.2009.Diharapkan semua guru dapat merealisasikan hasrat menjadikan negara Malaysia menjadi negara maju dan mempunyai rakyat yang cerdik dan sentiasa berkeyakinan untuk terus maju berkonsepkan gagasan Satu Malaysia ,rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.Murid-murid didahulukan pencapaian diutamakan.

Murid-murid dinasihati supaya sentiasa mengamalkan budaya membaca pada waktu pagi dan sentiasa menjadikan buku sebagai rakan yang rapat.Melalui pembacaan kita akan menjadi pelajar yang berpengetahuan luas dan peka terhadap perubahan yang datang bagaikan badai yang melanda pantai.Doa kita supaya negara kita tetap aman dan makmur.

Sepanjang bulan ini murid-murid digalakkan membaca

Pemberitahuan

Jamuan Tutup Sekolah 23.10.09 , Hari Kanak-kanak 30.10.09

Lawatan ke Seri Ampang 11.11.09,

LDP ke 6, Lawatan ke Taman Seribu Bunga pada 24.10.09. Semoga semuanya selamat.

Permohonan Program Pensiswazahan  Guru Sekolah Rendah online. Sila layari portal Kementerian Pelajaran.

LDP yang terakhir

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia. Harapan saya semoga guru-guru dapat manfaatkan lawatan yang telah diatur. Sebelum lawatan sediakan kamera dan buat catatan. Diminta jawatankuasa kebitaraan Sains dapat menyiapkan laporan terutama ketika lawatan di Taman Seribu Bunga. Saya doakan anda selamat semua.

Terima kasih.

Mesyuarat Panitia

Diharapkan semua panitia dapat menjalankan mesyuarat masing-masing sebelum menjelang bulan November 2009.Bincangkan perkara-perkara seperti berikut; masalah dalam p&p,masalah pelajar,analisis ujian yang lepas,jalankan post mortem,aktiviti sokongan,masalah guru mengenai pengajaran,pemilihan buku kerja 2009(th4-6),masalah ABM dan perkara-perkara profesional yang lain.Beri cadangan program peningkatan subjek untuk dijalankan tahun 2009.Terima kasih.

Buku Latihan

Diharapkan semua guru telah dapat menanda buku murid-murid dengan teliti.Pemeriksaan buku oleh GB dan GPK akan bermula pada 20 Oktober 2009 hari Selasa.Pastikan semua buku ditanda mengikut kepiawaian yang telah diterangkan sebelum ini.

Buku Latihan perlu dikemaskinikan

Diharapkan semua guru dapat melengkapkan penandaan buku latihan. Bermula pada 20 Oktober 2009,pemeriksaan buku akan dijalankan oleh Guru Besar dan semua GPK. Pastikan buku-buku tersebut telah diperiksa dengan teliti dan telah dibuat pembetulan.Terima kasih.

SEKOLAH KLUSTER

SKPR DICALONKAN MENJADI SEKOLAH KLUSTER

« Older entries