Hanya Pandangan

Kita org melayu kena lihat sejarah bangsa kita.Dari mana kita datang.Bagaimana kita membina tamadun manusia di sini.Kita tidakboleh bersengketa.Sengketa menjadikan kita lemah.Ayuh rakan dan taulan Melayu,bersatulah kita agar kita jadi kuat’Kekuatan perlu uuntuk kelansungan bangsa Melayu .

Isu semasa

Saya sangat-sangat berharap supaya berlaku penyatuan bangsa Melayu. Bangsa Melayu yang akan mencorak kelangsungan pemerentahan di negara ini.Jauhi hasad dengki dan iri hati. Kita tidak ada negara lain selain inilah sahaja yang kita ada.Pertahankan negara yang kita sayangi ini.Jangan pada suatu ketika nanti apabila kita tiada kuasa ketika itu kita akan menyesal. Penyesalan iti tidak memberi makna lagi. Kita tak kan mahu bumi yang kita injak ini akan menjadi milik orang lain.Cucu kita menjadi bangsa yang kerdil dan merempat di tanah air sendiri. Salam Aidilfitri dan maaf zahir dan batin.

UPSR

Disarankan murid-murid tahun 6 jangan terlalu berseronok sahaja. Buat ulangkaji yang dibekalkan.Sentiasa bersedia menghadapi sesuatu ujian.Sentiasa berusaha dan bertyawakkal. Insyaallah

Gagasan Satu Malaysia

Sebagai rakyat Malaysia saya sangat berbangga dapat hidup dalam aman dan makmor di Malaysia. Segalanya mencukupi dan mempunyai sistem perundangan yang baik.Sudah sepatutnya kita mendukung hasrat negara yang sentiasa ingin memajukan pemikiran rakyat dan mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi. Hasrat murni ini perlu disokong kerana visinya sangat jelas dan boleh di dicapai. Untuk mencapainya kita seharusnya memberi sokongan dan dorongan kepada usaha murni murni kerajaan yang ada sekarang untuk melihatkejayaan satu negara bangsa yang bermaruah dan terbilang.

Education Review

Akan beberapa transformasi penddikan untuk memantapkan pendidikan negara.Diharapkan guru–guru telah bersedia menghandapinya.Penilaian semula perlu dilakukan supaya pendidikan di Malaysia masih relevan dan boleh bersaing dengan sistem pendidikan di negara-negara yang maju.

Sekolah Kluster KecemerlanganSK Paya Rumput

Tahniah untuk warga skpr kerana sekolah telah diumumkan sebagai sekolah kluster bagi fasa 4. Anugerah tersebut dapat melonjakkan inisiatif warga skpr untuk memacu sekolah kita ke arah sekolah berprestasi tinggi.

Untuk makluman semua niche area kita ialah sains dan ragbi.Bermula dari saat ini kita perlu menyusun strategi untuk meningkatkan niche area tersebut tanpa kita mengabaikan kecemerlangan subjek lain dan permainan-permainan yang telah menjulang nama skpr.Adalah diharapkan dengan kedua-dua kebitaraan tersebut sekolah akan menjadi showcase di dalam dan di luar negara.Saya yakin dan percaya satu hari nanti SKPR akan boleh mencapai visi Sekolah yang berkualiti dan berprestasi tinggi.INSYAALLAH !

Syabas dan Tahniah

Tahniah dan syabas kepada semuia warga skpr yang telah menjayakan programHari Ushawan dan Larian 1 Murid 1 Sukan.Semoga sekolah kita sentiasa maju dan berkesan.SKPR telah diumumkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan bagi Fasa 4.Bidang kebitaraan sekolah ialah Sains dan Ragbi.

Lawatan Kelompok

Harap guru-guru telah bersedia menerima lawatan kelompok dari JPN Melaka pada 22Feb2011.

Ucapan Penghargaan

Terima kasih kepada semua guru yang telah menjalankan tugas dengan baik dalam sukan akuatik peringkat negeri kali ke38.Syabas dan tahniah di atas usaha anda semua.

Lawatan Penanda Aras

Terima kasih kepada pelajar-pelajar dari IPG Melaka kerana telah melakukan penanda aras di SK Paya Rumput pada 11 Februari 2011.Semoga pengalaman yang diperolehi memberi manfaat kepada anda semua.

« Older entries

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.